Sunday, 18 November 2018

BAYI PUN KENA BERUS GIGI?


BAYI PUN KENA BERUS GIGI?
#1) Perlukah ibubapa membersihkan gusi bayi sebelum gigi tumbuh?
Ya perlu. Sebelum gigi pertama bayi tumbuh, adalah menjadi satu kelaziman yang sangat baik untuk menyapu gusi bayi dengan kain kasa atau tuala yang lembut setiap kali selepas makan atau ketika mandi. Pada peringkat ini, masih belum ada keperluan untuk menggunakan ubat gigi. Tuala atau kain kasa yang dililit di sekeliling jari boleh digunakan dengan menyapu secara perlahan-lahan disekeliling gusi untuk menghilangkan bakteria yang berbahaya dalam mulut bayi anda.
#2) Bilakah jangkaan gigi pertama bayi akan tumbuh?
Secara amnya, gigi pertama bayi akan tumbuh di bahagian depan rahang bawah ketika bayi berumur enam bulan. Namun, masa pertumbuhan gigi pertama bayi tidak sama antara satu dengan yang lain. Sesetengah bayi masih tiada gigi yang tumbuh walaupun usia telah mencecah setahun.
#3) Bilakah ibubapa seharusnya memberus gigi bayi mereka?
Memberus gigi bayi bolehlah dimulakan seawal gigi pertama kelihatan tumbuh di dalam mulut. Ini akan menanamkan tabiat penjagaan kesihatan pergigian yang baik kepada anak anda.
#4) Berapa kerapkah ibubapa seharusnya memberus gigi bayi mereka?
Dua kali sehari terutamanya pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.
#5) Adakah ibubapa perlu membelikan berus gigi untuk bayi mereka?
Bergantung kepada keadaan. Anda mungkin berasa lebih mudah untuk membersihkan gigi bayi anda dengan menggunakan kain kasa yang bersih atau tuala basah. Lilitkan di sekeliling jari, letakkan lapisan nipis ubat gigi atau sebesar saiz beras ke atasnya, dan gosok perlahan-lahan pada gigi dan gusi.
Sekiranya menggunakan berus gigi bayi, pilihlah yang mempunyai kepala berus yang kecil, berus nilon yang lembut dan senang/selesa dipegang. Gunakan sedikit lapisan ubat gigi dan gosok secara perlahan-lahan dibahagian dalam dan luar setiap gigi untuk membuang plak dan kotoran.
Berus gigi yang direka khas seperti ‘berus gigi jari’ juga boleh membantu dalam memberus gigi bayi anda.
#6) Berapa kerapkah seharusnya berus gigi bayi anda ditukar?
Ia seharusnya ditukar secara berkala, kira-kira sebulan hingga tiga bulan. Sekiranya berus mulai mengembang, ia adalah petanda berus gigi perlu ditukar.
#7) Apakah ubat gigi yang sesuai untuk bayi?
Adalah dinasihatkan supaya mencari ubat gigi yang dibuat khas untuk bayi. Periksa bungkusan ubat gigi untuk memastikan tahap kandungan florida adalah sesuai. Gunakan ubat gigi yang mempunyai kandungan florida yang rendah (kira-kira 1,000 ppm) untuk bayi berumur satu hingga tiga tahun.
Pilih ubat gigi yang TIDAK berperisa, seperti perisa buah-buahan, supaya bayi memahami bahawa ubat gigi bukanlah makanan. Menelan ubat gigi berflorida dalam jumlah yang terlalu banyak boleh merosakkan gigi dengan memberikan kesan rapuh, dan boleh menyebabkan bayi sakit atau cirit-birit.
#8) Berapa banyakkah ubat gigi seharusnya digunakan?
Bagi bayi berumur di bawah setahun, tiada keperluan menggunakan sebarang ubat gigi.
Bagi kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun, hanya dengan sedikit atau lapisan nipis ubat gigi melitupi tiga suku berus gigi sudah mencukupi.
Bagi kanak-kanak berumur tiga tahun dan ke atas, beruslah gigi anak anda dengan ubat gigi bersaiz kacang pis.
Ibubapa dinasihatkan untuk mendidik anak supaya meludah selepas memberus gigi dan tidak makan atau menjilat ubat gigi dari tiub.
#9) Bagaimanakah cara memberus gigi anak anda?
Ianya mudah dan tidak banyak perkara yang diperlukan. Gunakan berus gigi bayi atau ‘berus gigi jari’, sedikit ubat gigi dan air bersih.
#10) Bagaimana memantau pemakanan bayi anda?
Penyusuan botol pada kadar yang berpanjangan akan membawa kepada kerosakan gigi/karies di awal usia kanak-kanak.Satu cara yang berkesan untuk menghentikan penyususan botol yang berpanjangan adalah dengan menggunakan cawan. Minum dengan menggunakan cawan tidak akan menyebabkan air minuman terkumpul di sekitar gigi. Oleh itu, gunalah cawan jika minum minuman yang manis seperti jus buah-buahan.
Pengambilan makanan bergula atau melekit secara kerap, lama-kelamaan akan menyebabkan bakteria terkumpul manghasilkan asid yang akhirnya mengakibatkan kerosakan gigi. Adalah dinasihatkan supaya TIDAK menambah gula ke dalam makanan bayi seperti susu, minuman dan bijirin. Selain itu, berwaspadalah dengan gula tersembunyi di dalam makanan.
Galakkan tabiat pemakanan yang baik dengan menyediakan menu sihat dan seimbang. Hadkan makanan dan minuman yang mengandungi gula pada waktu makan sahaja. Tawarkan makanan ringan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran di antara waktu makan.
#11) Bagaimanakah mengenal pasti tanda-tanda awal kerosakan gigi bayi anda?
Ibubapa seharusnya mengetahui ciri-ciri gusi dan gigi bayi yang normal supaya dapat mengenalpasti masalah jika ia berlaku. Contohnya tompok berwarna putih atau coklat pada gigi hadapan adalah tanda-tanda awal kerosakan gigi.
Periksa mulut anak anda sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan dengan menggunakan teknik “Angkat Bibir” untuk melihat tanda-tanda awal kerosakan gigi (tompok putih atau coklat) di bahagian luar atau dalam permukaan gigi.
#12) Bilakah ibubapa perlu mula membawa bayi mereka berjumpa doktor gigi?
Bawa anak anda berjumpa doktor gigi seawal umur setahun. Pemeriksaan gigi kali pertama sebelum usia 12 bulan akan membantu untuk mengenalpasti sebarang risiko awal terhadap kesihatan mulut anak anda.
Sumber myportal health


6 LANGKAH MUDAH AJAR ANAK BERUS GIGI DARI AWAL

6 LANGKAH MUDAH AJAR ANAK BERUS GIGI DARI AWAL

Ishh..kuningnya gigi adik. Meh sini mama berus kan gigi adik nak? Adik tak nak berus gigi? Macam mana ni nanti habislah rosak gigi adik yang cantik tu..tak comel la lagi anak ibu.
Haaa...ada tak ibu-ibu hadapi masalah seperti ni? Jom kak Zura kongsikan 6 langkah mudah ajar anak berus gigi dari awal.
Nak ajar anak berus gigi bukan satu kerja mudah. Kak Zura dulu, anak siap katup mulut rapat-rapat tak bagi kita gosokkan gigi dia tau. Gigi anak akan cepat rosak terutama yang suka hisap susu botol masa tidur.

1. Sediakan berus gigi yang sesuai untuk umur anak dan biarkan anak bermain dengan berus tersebut agar dia tak rasa takut dengan berus tersebut

2. Tunjukkan contoh gerakan sama ada saling berhadapan atau mengadap cermin. Boleh juga gunakan video kartun kegemaran anak untuk tunjukkan cara berus gigi yang betul.

3. Praktikkan bersama anak setiap kali nak berus gigi. Kalau ada abang atau kakak, biarkan si kecik tengok sendiri abang dan kakak dia berus gigi untuk tunjukkan tabiat berus gigi ni adalah biasa di lakukan. Kita tau yang anak kecil suka tiru perbuatan orang dewasa/besar darinya.

4. Jangan paksa anak untuk berus gigi kerana sekali ibu paksa dia akan rasa benda tu menakutkan. Biarkan dia cuba sendiri atau rela untuk di berus gigi baru la terus kan.
5. Untuk anak bawah umur 2 tahun, elakkan dahulu penggunaan ubat gigi kerana mereka belum pandai untuk buang semula bekas ubat gigi tu. Untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas pastikan pemilihan ubat gigi yang sesuai dan lebih baik kalau anak di beri peluang pilih sendiri perisa yang mereka inginkan.
6. Bila anak selesai berus gigi berikan sedikit pujian atau ganjaran seperti pelukan atau ciuman. Ini sebagai penggalak anak buat benda yang baik.
Mudah bukan? 

BILA BOLEH START BERUS GIGI ANAK NI?

BILA BOLEH START BERUS GIGI ANAK NI? 😊



Kebiasaan baby start tumbuh gigi pada usianya 6 bulan.. masa nilah mamanya paling excited! dah sediakan siap-siap dah list menu hari-harianak nak makan apa.. 😁😍😍

Time ni, baby dah start makan solid, jadi masa ni masa yang sangat sesuai nak perkenalkan anak untuk berus gigi.

Tak Perlu Tunggu Tumbuh Gigi Baru Kalut Nak Gosok. Lagi Awal Lagi Baik!

Kalau sebelum 6 bulan, kena bersihkan juga mulut anak lepas nyusu dengan kain nipis yang basah supaya mulut anak bersih.
Jadi nak guna berus gigi macam mana untuk baby 6 bulan ni ? Guna berusgigi untuk baby yang berusnya lembut dan kecil. Memang saiz baby.

Kalau nak best lagi, boleh guna berus gigi silicone ni. Mak boleh masukkan jari dalam berus gigi ni untuk berus gigi baby dan boleh bersihkan mulut dan lidah baby juga. 🤗

Ada bayi yang akan menangis bila kali pertama anda gunakan berus gigisilicone ni.. tak apa ambil masa, sambil anda ajukkan cara menggosok padagigi anda..

Untuk awal-awal tak perlu ubat gigi, guna air suam je untuk bersihkan gigidan mulut baby, sebab baby masih tak tau meludah.
Tak jumpa atau tak tau kat mana nak beli berus silicone ni ? Boleh cari kat kedai baby atau kat farmasi. Kalau tak jumpa juga, boleh je guna kain kapas nipis dan dibasahkan
Simple je, mudah untuk bersihkan gigi anak-anak kalau dah intro dari awal.😀

Sumber : Dr Izaza Mohd Zan

PENJAGAAN GIGI ANAK. RULES

Rules ringkas penjagaan gigi anak-anak :


1. Berus gigi anak sekurang-kurangnya 2kali sehari.
- guna ubat gigi berfluorida (ada dicetak di tiub ubat gigi), jangan tanya jenama apa bagus, saya bukan duta ubat gigi.
- ada ibu claim gigi anak dia 'memang rosak dari dulu' or 'gigi anak saya rosak macam tu je' memang saya rasa nak tampar laju-laju. Hashtag #silameninggal sebab gigi tak akan rosak dari dulu. Bakteria amik masa untuk 'makan' gigi sampai rongak, kecuali bakteria tu kawan dengan doraemon, maybe ada kuasa ajaib tolong bakteria tu.
2. Pemeriksaan gigi 2x setahun.
- kadang-kadang bila tengok saja nampak macam tak rosak langsung gigi anak. Tapi deep inside dah berongga ala-ala gelang emas berongga. Kat luar cantik, kat dalam hollow, kosong. Sebab dah dimakan dek bakteria.
- terima lah hakikat parents bukan ada kelulusan bidang pergigian pun, even saya yang ada belajar ni pun salah judgement, apa lagi korang yang tidak. Jangan jadi dr.gigi cap google pulak.
3. Bagi anak minum susu.
- minum susu lah untuk cukup kalsium. Kalau dah besar, minum lah pakai cawan. Bukan suruh pergi menyusu balik. Semua dah besar, pikirlah sendiri. Makanan lain yang berkhasiat pun kena jugak amalkan. Badan sihat gigipun sihat.
4. Sapuan fluoride.
- ni penting. Pergi klinik mintak nak sapuan fluoride. Sapuan tu setiap 6bulan selama 2tahun so tolak tambah bahagi, 4x semua nya. Penting sebab kalau dah ada karies awal, inshaallah stop. Google- arrested caries. Gigi rosak pastu kerosakan tu stop. Dari coklat, color dia berubah ke color lebih gelap or hitam (tak apa color tak lawa, karies dah terbantut. Kau jugak yang malas berus gigi anak dulu😆) atau kalau belum rosak gigi anak tu, inshaallah takkan rosak.
Ok ni saja dulu. Bagitahu banyak-banyak pun bukan korang ikut. Khatam yang ni boleh pm "sis, whats next?". Okbai
Sumber : @Sharipah Eyie

PENTING! TIPS PILIH PENGASUH ANAK

😭Negara kecoh lagi bila seorang bayi berusia 11 bulan mati didera dan dirogol bangsat yang tidak berperikemanusiaan.
😥 Saya cuba mengelak menulis hal ini kerana tak sanggup nak membayangkan penderitaan anak kecil usia 11 bulan didera sebegitu rupa.
Cuma, sangat perlu saya berkongsi tips yang betul untuk mengelakkan kejadian ini dari berulang di masa hadapan.
💗Ini Tips yang saya syorkan.
1. Pilih adik-beradik, saudara mara atau kawan-kawan rapat terlebih dahulu untuk dijadikan pengasuh. Kita kenal peribadi mereka, kita tahu bagaimana mereka jaga anak-anak kita.
📌Sepaling tidak, pilih pengasuh yang disyorkan oleh adik-beradik atau kawan-kawan kita.
2. Elakkan hantar ke rumah pengasuh yang mempunyai suami tidak bekerja atau ada rekod dadah/jenayah.
📌Kebanyakan kes dera/rogol dari suami pengasuh yang ada rekod dadah/jenayah atau kerja tidak tetap.
📌Ini menyebabkan mereka punya masa luang dengan anak kita dan kadangkala pengasuh tinggalkan anak kita bersama suami bila nak mandi, solat atau ke klinik mahupun ke pasar.
📌Saat ini risiko besar terutama jika suami pengasuh dibawah pengaruh dadah. Anak kecil kita mereka mungkin pandang sebagai satu alat yang boleh memuaskan nafsu atau satu alat melepaskan geram bila anak itu meragam, berak dan sebagainya.
3. Elakkan memilih pengasuh yang ada anak lelaki remaja. Seboleh-bolehnya cuba elak.
📌Banyak sangat kes berlaku anak lelaki remaja pengasuh merogol budak perempuan usia 4-10 tahun.
📌Budak-budak itu anggap anak pengasuh bagai abang mereka, pengasuh pula biarkan anaknya bermain dengan anak jagaannya hingga ke bilik. Pernah dilaporkan anak usia 5 tahun dirogol anak pengasuh berusia 15 tahun.
"Abang(anak pengasuh) ajak main tidur-tidur. Kemudian dia buka seluar adik dan suruh pejam mata."
📌Lepas itu berlaku peristiwa hitam dan terus berulang dan berulang jika tiada orang perasan dan tiada laporan dibuat.
4. Siasat latar belakang pengasuh. Sangat penting kita tahu latar belakang pengasuh. Jumpa juga ibubapa yang pernah hantar anak mereka untuk diasuh pengasuh tersebut. Tanya pengalaman ibubapa yang pernah hantar anak ke sana.
5. Bagitahu secara jelas kepada pengasuh DO and DON'T. Apa peraturan kita, bagaimana perlu anak kita dijaga, siapa yang boleh tukar lampin/mandikan anak kita.
📌Masa ini kena bertegas, anak perempuan kita hanya pengasuh yang mandikan dan tukar lampin. Jangan benarkan anak kita dimandikan/tukar lampin oleh anak lelaki pengasuh atau suaminya.
6. Lawatan mengejut. Sangat penting sesekali buat lawatan mengejut. Kalau biasa hantar jam 7 pagi dab ambil pukul 5 petang, lawat sahaja jam 10 pagi, sesekali singgah tengahari.
📌Bila buat lawatan mengejut, masuk dan lihat situasi rumah juga. Tempat tidur anak, bilik air, dapur dan ruang tamu.
7. Selalu berkomunikasi dengan anak (bagi anak yang pandai bercakap). Tanya mereka bagaimana mereka dijaga, siapa yang selalu main dengan mereka, dengan siapa mereka mandi, dengan siapa mereka tidur.
📌Kena alert setiap perubahan sikap anak-anak kita. Jika makin mendiam atau sakit ketika buang air, lebih baik menanam curiga. Check, siasat, bawa jumpa doktor jika perlu.
8. Periksa tubuh badan anak selalu. Jika ada kesan lebam, calar dan sebagainya tolong siasat betul-betul. Jangan percaya 100% pada alasan pengasuh.
9. Jika ada tanda-tanda anak didera, dirogol dan sebagainya, tolong buat laporan polis dengan segera.
📌Ramai yang terkena tidak buat laporan polis kerana kasihan dan simpati dengan rayuan keluarga pengasuh. Mereka hanya selamatkan anak-anak mereka sahaja.
📌Dan akhirnya, anak orang lain pula menjadi mangsa. Tolong jangan penting diri dan selamatkan anak-anak sendiri saja ya!
10. Jangan tangkap muat cari pengasuh kat Fb sahaja. Jika pun cari di Fb, wajib siasat betul-betul sebelum hantar anak.
👍👍Sebaiknya, hantarlah anak kat taska yang berdaftar. Itu yang sebaiknya. #taskaberdaftardenganJKM
😉Jika ada orang kata cerewet cara kita pilih pengasuh, biar sahaja mereka terus berkata begitu.
😍Kerana itu anak-anak yang sangat kita sayangi dan kita berhak sepenuhnya memberi yang terbaik buat mereka.
💜Buat Baby Zara, damailah dikau di sana... 
credit to *Mohd Fadli Salleh III*

TANDA-TANDA ANAK AUTISME

Ramai dikalangan kita yang kurang peka tentang perkembangan anak2 khususnya anak2 istimewa.
Kadang2 ramai yang ambil mudah tanpa mengenali tanda2 awal pada anak2 istimewa mereka.
Sebenarny anak Autisme boleh dikesan pada peringkat umur 12 bulan hingga tiga tahun lagi.
Namun disebabkan kurang kesedaran dikalangan ibu bapa menyebabkan gagal mengenalpasti tanda2 pada peringkat awal dan kesan ketara boleh menyebabkan anak terus terperangkap dengan dunianya dan sukar untuk menjalani kehidupan apabila membesar kelak.
Jom kenali tanda2 awal autism dan bertindak segera untuk rawatan dan sebagainya..AWAS!
Tanda2 di bawah ni hanya sbg ciri2 umum shj dan bukan muktamad.
Bagi anak2 yg mempunyai ciri2 tersebut disyorkan utk dapatkan pengesahan drp doktor pakar atau pihak yg berautoriti utk mengesahkannya.


KENALI PETANDA AWAL AUTISME PADA KANAK-KANAK SEAWAL USIA BAYI 6 BULAN


.
PADA USIA 6 BULAN
Tidak senyum lebar atau menunjukkan riak muka yang gembira dan mesra.
.
PADA USIA 9 BULAN
Tidak membalas senyuman, mimik muka atau bunyi-bunyian dengan ibu bapa atau pengasuh.
.
PADA USIA 12 BULAN
Tidak memberikan respon apabila nama dipanggil.
Tidak membuat bunyi-bunyi bayi.
Tidak membalas lambaian orang lain, tidak menunjuk ke arah mana-mana objek dengan jari, tidak membawa objek untuk ditunjukkan kepada ibu bapa dan/atau pengasuh.
.
PADA USIA 16 BULAN
Tidak menuturkan sepatah perkataan pun.
.
PADA USIA 24 BULAN
Tidak menuturkan frasa-frasa yang mengandungi 2 patah perkataan, seperti, “Baba balik,” “Buka TV,” “Nak susu.”
Nota: Tidak dikira jika anak hanya mengulangi atau meniru frasa-frasa yang mengandungi 2 patah perkataan yang disebut oleh orang lain.
- Kredit Dr Hasnah Toran
.
.
PERHATIAN!!
.
Sebagai ibu bapa, anda perlulah mengesan tanda-tanda awal anak yang menghidapi autistik ini dengan cara memerhatikan perkembangan normal kanak-kanak tetapi tidak juga sewenang-wenangnya menyatakan si manja anda Autisme. Kita seharusnya jangan mudah melabelkan si manja mengalami Autisme dengan hanya kerana anak-anak menunjukkan beberapa tanda autistik. Seharusnya ibu bapa perlu membawa anak anda mendapatkan pemeriksaan dengan pakar pendengaran untuk memeriksa pendengarannya, kerana ada kemungkinan kanak-kanak tidak boleh bertutur walau pun usia menjangkau tiga tahun.