Sunday, 18 November 2018

KENALI PETANDA AWAL AUTISME PADA KANAK-KANAK SEAWAL USIA BAYI 6 BULAN


.
PADA USIA 6 BULAN
Tidak senyum lebar atau menunjukkan riak muka yang gembira dan mesra.
.
PADA USIA 9 BULAN
Tidak membalas senyuman, mimik muka atau bunyi-bunyian dengan ibu bapa atau pengasuh.
.
PADA USIA 12 BULAN
Tidak memberikan respon apabila nama dipanggil.
Tidak membuat bunyi-bunyi bayi.
Tidak membalas lambaian orang lain, tidak menunjuk ke arah mana-mana objek dengan jari, tidak membawa objek untuk ditunjukkan kepada ibu bapa dan/atau pengasuh.
.
PADA USIA 16 BULAN
Tidak menuturkan sepatah perkataan pun.
.
PADA USIA 24 BULAN
Tidak menuturkan frasa-frasa yang mengandungi 2 patah perkataan, seperti, “Baba balik,” “Buka TV,” “Nak susu.”
Nota: Tidak dikira jika anak hanya mengulangi atau meniru frasa-frasa yang mengandungi 2 patah perkataan yang disebut oleh orang lain.
- Kredit Dr Hasnah Toran
.
.
PERHATIAN!!
.
Sebagai ibu bapa, anda perlulah mengesan tanda-tanda awal anak yang menghidapi autistik ini dengan cara memerhatikan perkembangan normal kanak-kanak tetapi tidak juga sewenang-wenangnya menyatakan si manja anda Autisme. Kita seharusnya jangan mudah melabelkan si manja mengalami Autisme dengan hanya kerana anak-anak menunjukkan beberapa tanda autistik. Seharusnya ibu bapa perlu membawa anak anda mendapatkan pemeriksaan dengan pakar pendengaran untuk memeriksa pendengarannya, kerana ada kemungkinan kanak-kanak tidak boleh bertutur walau pun usia menjangkau tiga tahun.

No comments:

Post a Comment