Nampak tak bahaya Karies Gigi ni lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak? Ibu bapa perlu mengambil pendekatan yang lebih dalam usaha mendidik ana-anak mengenai penjagaan gigi mereka.
Nasihat Pakar Untuk Mengelakkan Karies Gigi Susu
1. Jangan biarkan anak anda tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manisan.
2. Bersihkan mulut bayi selepas meminum susu dengan menggunakan kain lembap yang dibalut pada
jari manis anda dan digosok pada gigi dan gusi bayi untuk membuang sisa susu.
3. Kurangkan penggunaan botol susu secara berperingkat. Galakkan minum menggunakan cawan atau sudu seawal usianya 6 bulan.
4. Bilas mulut anak anda dengan menggalakkan meminum air kosong selepas menghabiskan susu.
5. Elakkan memasukkan gula ke dalam susu anak anda.
6. Ibu bapa digalakkan memberus gigi anak-anak berusia di bawah 6 tahun.
7. Bawa anak untuk pemeriksaan gigi di klinik gigi setiap 6 bulan.
Ambil langkah berjaga-jaga mulai sekarang!
No comments:
Post a Comment