Sunday, 18 November 2018

ANAK ASYIK NAK BERDUKUNG 24 JAM? APA PERLU PARENT BUAT? KETAHUI CARANYA

    
   
 

Jangan risau, ini semua akan hilang mengikut masa. Perlu diingatkan bahawa setiap bayi adalah berbeza. Nikmatilah masa anak mahu berkepit dengan kita dan tanamkan dalam fikiran bahawa kita adalah nombor satu dalam carta hati. Tetapi berdukung/melekat 23 jam ini mungkin akan menimbulkan masalah lain sekiranya bayi kurang 'tummy time', meniarap atau merangkak. Jadi ibu bapa perlu buat sesuatu agar bayi belajar yang kita tidak 'hilang'. Caranya

❤️Ajar konsep 'bye-bye'. Bila kita ke mana-mana, cakap 'bye, ibu pergi toilet/dapur ni". Kalau baru-baru dia memang akan menangis. Jadi kita pergi sekejap saja, main cak-cak dengan dia. Bila dah selalu buat, dia dah faham konsep "bye", barulah boleh pergi lama sikit.

❤️Kena selalu bercakap dengan bayi walaupun dia tak faham. Beritahu yang anda mahu pergi ke tandas, nak pergi makan, nak ke mana-mana sekalipun perlu report pada big boss. Lama-kelamaan dia akan faham, makan di dapur, tandas di mana dan sebagainya.

❤️Kalau pergi ke mana-mana, bawa mainan yang dia biasa main untuk dia rasa selamat seperti di rumah. Cara ini boleh dikurangkan jika anak sudah boleh biasakan diri dengan tempat baru.
❤️Kalau punca berdukung sebab bosan, beri dia pegang apa-apa jenis barang baru yang selamat. Contohnya bila ke dapur, beri main senduk, tupperware, bekas-bekas yang selamat untuk mengalihkan perasaannya yang mahu berdukung itu.

❤️Untuk yang sudah pandai merangkak atau berjalan, selalu bermain kejar-kejar dengannya. bila dia datang dekat nak minta didukung, kita lari sambil gelak-gelak.

❤️Cara terakhir, kalau bayi minta dukung tetapi kita cakap kita ada kerja yang perlu dibuat, biarkan dia menangis dan jangan pandang langsung. Muka senyum dan relaks sahaja. Selepas selesai kerja, cakap "Okay dah siap" sambil pandang anak. Masa ini barulah boleh pergi pada anak. Lama-kelamaan anak akan percaya yang kita tak abaikan dia, cuma ada kerja sekejap.

No comments:

Post a Comment