Sunday, 18 November 2018

MAINAN YANG SESUAI DENGAN PERKEMBANGAN ANAK

BELI MAINAN BIAR IKUT USIA ANAK! CARA INI DAPAT BANTU PERKEMBANGAN YANG NORMAL
Banyak cara kita sebagai ibu ayah ni nak tengok tahap perkembangan anak. Adakah tahap perkembangan mereka ni sama level dengan umur dia sekarang.
Normal ke atau ada delay? Atau mungkin anak ada tunjukkan ciri-ciri seperti masalah pendengaran atau penglihatan, masalah sensori, Autism, ADHD, GDD dan sebagainya?
Salah satu cara nak ikuti perkembangan anak yang sepatutnya ialah dengan sediakan permainan yang bersesuaian dengan umur serta tahap perkembangan anak-anak.
Perkongsian dari Puan Ezzaty Suffian cukup jelas untuk ibu ayah nak memilih. Paling penting tak perlu membazir beli mainan yang belum sesuai dengan peringkat umur anak.
Biasa perkara ini berlaku sebab ibu ayah terlebih excited sedangkan anakbelum pandai lagi nak terima mainan yang belum sesuai dengan usia mereka.
 Hari pertama lahir hingga 3 bulan

Tempoh 3 bulan adalah tempoh segala organ deria anak masih belum matang. Dia hanya boleh melihat sejauh 8 INCI SAHAJA dari pandangan mata dia. 

Waktu ini, baby lebih banyak belajar tentang rangsangan daripada tindakan refleks atau spontan daripada diri dia sendiri. Contohnya macam genggam jari kita, hisap susu, menendang dan gerakkan tangan dia (menggapai-gapai).

Dia banyak explore sekeliling hanya gunakan mata dan telinga sahaja. Sebab tu suara pertama yang dia kenal adalah suara ibunya.

Dan untuk usia 3 bulan pertama ni, cara baby bermain lebih melibatkan pemerhatian mata dan explore tubuh badan sendiri terutamanya bahagian tangan.

Cara bermain yang melibatkan deria dan anggota badan ini dinamakan sebagai EXPLORATORY ATAU PRACTICE PLAY.

Pada usia baby 3 bulan, dia dah start pandai meniarap dan terlentang, pandai senyum pada ibu dia, pandai capai dan genggam objek yang ada depan mata dia, palingkan kepala pada sumber bunyi atau cari mana datangnya bunyi tu.

So, daripada perkembangan baby pada 3 bulan yang pertama, ada ciri mainan yang kita perlu cari sebab dengan 4 ciri ni lah baby tunjukkan cara dia bermain dan explore.

1) baby melihat mainan : ciri mainan mesti melalui warna yang terang (vibrant and bright color). Make sure bukan warna pastel. Dan seelok-eloknya mainan tu bergerak perlahan (untuk rangsang pergerakan mata baby).

2) baby merasa, menggenggam dan manipulasi mainan (sentuhan tangan) : ciri mainan mesti mudah dipegang, lembut dan bertekstur (macam ada biji-biji pada permukaan mainan).

3) baby mendengar mainan : ciri mainan mesti ada unsur bunyi seperti musik lembut atau loceng.

4) baby masukkan mainan dalam mulut : mainan mestilah lebih besar daripada mulut baby (supaya tak tertelan), bebas daripada toksik dan boleh dibasuh.

So daripada 4 ciri yang zaty sebut ni, antara contoh mainan yang sesuai sangat kita belikan untuk baby ialah (boleh rujuk google image untuk tengok bentuk mainan) :

1) rattles
2) activity gym
3) cloth and plush toys
4) teething toys
5) multi textured infant toys
6) multi sensory infant toys
7) hanging toys
4 bulan hingga 7 bulan

Pada usia ni, penglihatan baby dah makin matang. Dia dah boleh nampak dan jejak objek yang bergerak dengan penglihatan yang lebih tajam. 

Waktu ni baby dah aware dengan suasana persekitaran. Masuk ke usia 5 bulan, baby dah mula angkat badan dan cuba support guna lutut dan tangan (percubaan nak merangkak).

Mainan macam activity gym dah tak sesuai pada usia 5 bulan dan keatas sebab baby dah mula aktif bergerak sama ada dengan menyusur dengan badan atau merangkak.

Pada usia 6 ke 7 bulan, baby dah pandai duduk sendiri tanpa sokongan. 

Apabila baby dapat mainan (start dari 5 bulan), baby akan bertindak untuk :

1) pegang mainan tu dengan kedua belah tangan 
2) pindahkan mainan dari tangan kiri ke kanan atau sebaliknya
3) menggoncang mainan 
4) boleh manipulasi mainan tu dengan tangan. Maksudnya sebelah tangan pegang mainan, sebelah tangan lagi tepuk, cucuk, picit, tekan, tolak atau sebagainya pada mainan yang dipegang
5) masih masukkan mainan dalam mulut

Pada lingkungan usia 4 ke 7 bulan ni, baby still dalam fasa EXPLORATORY ATAU PRACTICE PLAY lagi.

Ciri-ciri mainan yang mesti ada sama macam kategori lahir hingga 3 bulan tadi : 
1) warna yang vibrant and bright
2) ada bunyi seperti muzik lembut atau loceng
3) saiz yang besar dari genggaman tangan baby
4) bebas dari toksik dan boleh dibasuh

Contoh mainan yang sesuai untuk baby usia 4 hingga 7 bulan (rujuk google image untuk dapatkan contoh gambar mainan) :

1) semua seperti kategori lahir hingga 3 bulan KECUALI activity gym dan hanging toys.
2) Squeeze and squeak toy
3) plastic disc on a ring
4) soft and washable books (gambar besar dan warna terang, tulisan sepatah-dua sahaja)
5) simple and small push toys (start dari usia 6 bulan)
8 bulan hingga 11 bulan

Bila baby dah masuk 8 bulan, dia akan start fokus pada perkembangan motor kasar. 

Motor kasar ni dia libatkan otot besar macam otot kaki, lengan dan kesuluruhan badan budak-budak. Motor kasar ni nanti sangat mempengaruhi kesempurnaan pergerakan baby bila dia dah besar nanti. 

Umur 9 bulan, sepatutnya baby dah boleh merangakak dan dah nak cuba-cuba untuk berdiri. Ada yang lebih cepat, dah mula bertatih sepanjang almari, sofa atau dinding (dengan cara sambil bertatih, sambil pegang sofa sebagai support).

Pada range usia ni juga, baby dah mula develop pincer grasp.

Pincer grasp maksudnya kebolehan anak mengutip benda kecil atau halus dengan gunakan ibu jari dan jari telunjuk

Bila dapat objek atau mainan, baby pada usia ni akan mula explore dengan cara yang lebih advanced. Dia akan jatuhkan atau campakkan mainan, ketuk-ketuk mainan, pindahkan mainan tu dari sebelah tangan ke sebelah tangan yang lain. 

Bila baby pegang dua mainan pada kedua-dua belah tangan, dia boleh ketuk mainan tu antara satu sama lain. Waktu ni juga baby dah mula sibuk nak ambil tahu macam mana satu-satu mainan tu berfungsi. Contohnya kalau ada butang, dia akan mula tekan-tekan. 

Ini menunjukkan baby dah start faham apa itu cause and effect relationship pada permainan yang dimain.

Ibu ayah jangan pelik bila tengok anak dah mula buat aktiviti keluarkan objek atau mainan dari dalam bakul atau bekas. Kemudian dia masukkan balik mainan tu ke dalam bakul. Dan dia akan buat aktiviti ni secara berulang-ulang sampai dia bosan.

Sebab ini pun salah satu cara baby bermain pada usia 8 bulan dan ke atas. 

Semua cara bermain ni masih dalam kategori EXPLORATORY OR PRACTICAL PLAY.

Bila usia baby dah masuk 11 bulan, dia dah mula nak tiru tingkah dan perlakuan kita terutama bila kita tengah gunakan satu-satu benda. Contohnya, bila kita telefon atau gunakan periuk dan senduk untuk memasak. Anak akan ada minat nak tiru gaya kita bila dapat objek ni pada tangan diorang.

Pada usia ni juga, baby masih masukkan objek atau mainan dalam mulut.

Ciri-ciri mainan yang mesti ada sama macam kategori lahir hingga 7 bulan tadi : 
1) warna yang vibrant and bright
2) ada bunyi seperti muzik, lagu atau loceng
3) saiz yang besar dari genggaman tangan baby
4) bebas dari toksik dan boleh dibasuh

Contoh mainan yang sesuai untuk baby usia 8 hingga 11 bulan (rujuk google image untuk dapatkan contoh gambar mainan) :

1) semua seperti dalam kategori mainan 1 hingga 7 bulan (kecuali activity gym dan hanging toys)
2) nesting, sorting and stacking toys
3) roly poly toy
4) large beads on ring
5) plastic key on ring
12 bulan hingga 18 bulan

Pada usia 12 hingga 18 bulan, baby dah mula pandai berjalan atau menapak tanpa bantuan (tetapi masih dalam fasa jatuh dan bangun).

Bila dia dah mula "dapat kaki", maknanya dia makin nampak dunia dia semakin luas. Dia dah start minat nak explore macam-macam yang ada di sekeliling dia.

Waktu ni baby akan cuba untuk pelbagaikan kemahiran motor kasar dan motor halus dia. Antara contoh aktiviti yang dia akan mula buat ialah mencapai objek yang lebih tinggi, memanjat, menari ikut rentak muzik, pusingkan badan, gelongsorkan badan.

Pada usia ni juga, baby lagi aktif buat aktiviti atau main permainan yang libatkan "cause and effect relationship". Maksudnya, kalau dia baling mainan, dia nak tengok apa jadi pada mainan tu. Macam mana bunyinya bila dibaling dan macam-macam lagi.

Dan baby pada usia ni juga suka sangat tiru gaya atau aksi orang dewasa walaupun tiada objek pada tangan dia. Contoh : cakap telefon (tangan jadi simbolik pada telefon), minum air (tangan jadi simbolik pada cawan).

Untuk usia baby 12 hingga 18 bulan ni baby masih dalam fasa EXPLORATORY OR PRACTICE PLAY dan tambah lagi satu fasa iaitu PHYSICAL PLAY

*Physical play yang zaty sebut tadi : baby gunakan anggota badan dia buat aktiviti untuk develop kemahiran motor kasar.

Pada usia baby 18 bulan, dia dah mula pandai menconteng. So, ibu ayah get ready dengan dinding, lantai even kereta untuk jadi tempat anak-anak keluarkan segala kreativiti menconteng.

Pada tempoh usia ni baby masih masukkan objek atau mainan ke dalam mulut.

Ciri-ciri mainan yang mesti ada sama macam kategori baby sebelum ni juga :
1) warna yang vibrant and bright
2) ada bunyi seperti muzik, lagu atau loceng
3) saiz yang besar dari genggaman tangan baby
4) bebas dari toksik dan boleh dibasuh

Contoh mainan yang sesuai untuk baby usia 12 hingga 18 bulan (rujuk google image untuk dapatkan contoh gambar mainan) :

1) semua seperti dalam kategori mainan 1 hingga 11 bulan (kecuali activity gym dan hanging toys)
2) pop up toy
3) inflatable toy
4) sand and water toy
5) rocking toy
6) tunnel
7) push toy with handle
8) problem solving block

19 bulan hingga 23 bulan

Baby pada usia ni dah jadi lebih confident dan stabil bila berjalan. Dan dia dah mula nak explore kemahiran motor kasar yang lain iaitu seimbangkan badan, melompat dan berlari.

Antara perkembangan motor kasar lain yang baby dah mahir : dia dah boleh tarik mainan yang ada di belakangnya apabila tengah berjalan, panjat dan turun grill, sofa, almari tanpa bantuan, naik dan turun tangga.

Pada usia 23 bulan, baby dah boleh dan pandai untuk tendang bola.

Kemahiran pincer grasp baby pada tahap ni pun dah mahir. Dia boleh kutip objek halus dengan tepat gunakan 2 jari dan dia boleh manipulasi objek halus tu. (Manipulasi= pusingkan, gerakkan, baling objek)

Baby pada usia ni akan start suka untuk buat aktiviti susun objek, kumpulkan objek ikut kategori (biasanya 2 kategori), dan boleh padankan atau lekatkan 2 objek yang sama (contoh lekatkan 2 keping blok).

Antara kebolehan lain untuk baby 19 hingga 23 bulan ni lagi, dia boleh masukkan butang ke dalam lubang (rujuk google: aktiviti pegboard). Baby pada usia ni pun dah semakin bijak. 

Sebab dia dah makin faham ada certain permainan yang melambangkan objek sebenar. Contohnya : mainan kereta= kereta sebenar, mainan telefon= telefon sebenar.

Untuk usia anak 18 hingga 23 bulan, diorang masih apply EXPLORATORY OR PRACTICE PLAY dan juga PHYSICAL PLAY.

Dan pada usia ni pun, masih ada baby yang masukkan objek atau mainan ke dalam mulut. Habit masukkan objek ke dalam mulut sepatutnya mesti hilang pada usia baby 24 bulan.

Ciri-ciri mainan yang mesti ada sama macam kategori baby sebelum ni juga : 
1) warna yang vibrant and bright
2) ada bunyi seperti muzik, lagu atau loceng
3) saiz yang besar dari genggaman tangan baby
4) bebas dari toksik dan boleh dibasuh

Contoh mainan yang sesuai untuk baby usia 19 hingga 23 bulan (rujuk google image untuk dapatkan contoh gambar mainan) :

1) semua seperti dalam kategori mainan 1 hingga 18 bulan (kecuali activity gym dan hanging toys)
2) lacing and stringing toys
3) pull toy with cord
4) stacking blocks
5) large and chunky interlocking block
6) peg dolls
24 bulan (2 tahun)

Pada usia 2 tahun, kebanyakan perkembangan baby dah jadi semakin matang dan lebih expert dalam buat apa-apa aktiviti berbanding sebelumnya.

Dari segi kemahiran motor kasar, baby lebih mahir dalam memanjat, berlari, baling dan sepak bola, tarik mainan yang beroda, melompat dengan kedua belah kaki.

Dalam kemahiran motor halus pula, baby pada usia 2 tahun dan ke atas dah pandai manipulasi objek guna tangan dan jari-jemarinya. 

Kita akan lihat diorang ni gemar nak pusingkan (screw/unscrew) sesuatu objek. Contohnya macam buka atau tutup penutup botol air. 

Dan sepatutnya baby pada usia ni juga dah boleh buat atau lukis garisan lurus (ini menandakan kemahiran motor halus baby berkembang dengan baik).

Selain daripada itu, antara kemahiran lain yang seharusnya baby usia 2 bulan ke atas dapat lakukan ialah tanggalkan baju atau seluar dengan sendiri dan boleh ikut arahan mudah dari kita. 

Dan sepatutnya baby pada usia 2 tahun dan ke atas dah BERHENTI masukkan benda ke dalam mulut

Cara bermain bagi baby usia 2 tahun ke atas masih lagi dalam bentuk EXPLORATORY OR PRACTICAL PLAY, PHYSICAL PLAY dan ditambah dengan 2 lagi corak bermain iaitu CONSTRUCTION PLAY serta PRETEND AND ROLE PLAY.

Pada usia ini, baby sepatutnya dah faham banyak perkara di sekeliling dia. Dan sepatutnya dia dah boleh sebut sekurang-kurangnya 50 perkataan yang dia faham.

Baby akan mula tunjukkan minat untuk construct atau bina sesuatu (construction play) pada usia ini. So, ini masa yang terbaik untuk ibu ayah belikan blok untuk anak-anak. 

Gaya baby bermain pada waktu ni lebih kepada menyerlahkan kreativiti dan daya imaginasi yang diorang ada yang kita boleh lihat daripada hasil permainan yang diberikan.

Contohnya bila bagi blok, baby dapat buat menara tinggi atau apa-apa construction yang lain.

Pada usia ini juga kita dah start perkenalkan anak dengan educational toys kerana otak mereka dah lebih bersedia untuk bermain sambil belajar sesuatu.

Buktinya, baby pada usia ini dah tahu apakah fungsi nombor yang kita guna dan apa kaitannya dengan objek atau sesuatu yang dibilang. Maksudnya, bila kita kira something, dia tahu kita sedang gunakan nombor.

Pretend play pula maksudnya baby dah pandai bermain dengan cara melakonkan watak atau gaya seseorang. Untuk usia 2 tahun ke atas ni, baby lebih banyak gunakan objek sebagai role play. 

Contohnya macam potong sayur dan buah plastik guna pisau plastik, pakaikan pampers pada anak patung dan macam-macam lagi aksinya.

Ciri-ciri mainan yang mesti ada untuk baby usia 2 tahun dan ke atas : 

1) warna yang lebih lembut atau pastel
2) ada fungsi cause and effect. Contoh kalau tekan button, keluar lagu atau suara atau lampu warna-warni
3) permainan yang cenderung kepada cara berfikir, imaginasi dan kreativiti
4) permainan yang banyak gunakan manipulasi jari-jemari. Contoh seperti menekan, memusing, menumbuk

Contoh mainan yang sesuai untuk baby usia 2 tahun (rujuk google image untuk dapatkan contoh gambar mainan) :

1) blocks : wooden block, interlocking block
2) bolts and nats
3) inset puzzles with knobs and large pieces
4) magnetic fishing game
5) simple matching game (match haiwan, bentuk, objek dan sebagainya)
6) tricycle
7) educational toys

3 Tahun

Pada usia ini, baby dah masuk fasa pertengahan kepada PRETEND PLAY. Ini adalah masa yang terbaik untuk ibu ayah belikan mainan serta set up play station yang menjadi simbolik pada aktiviti dalam kehidupan sebenar.

Contohnya kalau untuk anak perempuan : mainan masak-masak yang dilengkapkan dengan kitchen station atau mainan alatan doktor yang dilengkapkan dengan klinik yang pesakitnya adalah anak patung.

Kalau untuk anak lelaki pula banyak yang libatkan kostum seperti uniform polis, pistol dan gari mainan, kostum superhero macam batman, spiderman. Kalau play station pula, lebih banyak mainan yang libatkan kenderaan dengan set up seperti dalam hutan, kawasan pembinaan dan sebagainya.

Anak usia 3 tahun masih lagi continue dengan PHYSICAL PLAY. Tapi pastinya aktiviti yang lebihhh mencabar kemahiran motor kasar diorang. Pada usia ini, anak lebih suka buat aktiviti motor kasar yang lebih "real". 

Contoh macam panjat pokok, baling dan tangkap bola pada jarak yang lebih jauh, bermain set papan gelongsor di taman permainan, bergayut dan sebagainya.

Diorang juga semakin aktif dan kreatif dalam fasa CONSTRUCTION PLAY. Mereka boleh habiskan 100 keping blok dengan hasilkan sebuah binaan bangunan dan menara, Boleh reka sesuatu dengan pasir pantai dan sebagainya.

Dan mereka semakin berminat untuk buat aktiviti yang melibatkan art and craft seperti aktiviti menggunting, menampal dan mewarna serta hasilkan sesuatu darinya seperti replika tanglung, serangga dan sebagainya.

Ciri-ciri mainan yang mesti ada untuk baby usia 3 tahun dan ke atas : 

1) permainan yang cenderung kepada cara berfikir, imaginasi dan kreativiti anak
2) permainan yang banyak gunakan manipulasi jari-jemari. Contoh seperti menekan, memusing, menumbuk
3) permainan yang lebih lasak dan mencabar kemahiran motor kasar anak
4) permainan yang lebih cenderung kepada aktiviti kehidupan sebenar

Contoh mainan yang sesuai untuk anak usia 3 tahun (rujuk google image untuk dapatkan contoh gambar mainan) :

1) semua mainan seperti baby usia 2 tahun
2) kostum dan alatan yang terlibat. Contoh : jacket doktor, stetoskop, picagari plastik
3) play station lengkap. Contoh : dapur mainan lengkap dengan alatan memasak mainan
4) remote control vehicles
5) keretapi beserta dengan landasannya
6) large truck yang budak boleh duduk dan operate
7) rocking horses



No comments:

Post a Comment