Sunday, 18 November 2018

ANAK MENGAMUK, MENYEPAK MENENDANG

MENENANGKAN ANAK YANG SUKA MENGAMUK, MENYEPAK, MEMUKUL.... SELEPAS BANGUN TIDUR

Pada usia 8 bulan atau lebih awal lagi, anak kecil sudah mula sedar bahawa dia dan ibunya bukan dari satu badan. Ibunya boleh ada dan boleh hilang.

Ini membuat si anak itu berasa risau dan berasa tidak selamat. Oleh sebab itu kita melihat mengapa anak-anak kecil akan menangis bila dia tidak nampak mamanya.
Mama mengingatkan kepada dia, dia berada dalam keadaan selamat.
Lantaran itu, anda akan mendapati anak kecil akan sering menangis bila bangun tidur, mamanya tiada di tepi.

Kenapa? kerana dia berasa tidak selamat.
Jika dia dibiarkan menangis dan selalu dimarahi bila dia menangis kerana ini, maka apabila dia besar sedikit, perasaan rasa tidak selamat itu akan membuak dan menjadi punca amukan.
Selain dari itu anak kecil akan menangis kuat bila dia terbangun tidur kerana melalui mimpi. Bagi anak, mahupun kita kadang-kadang itu, merasakan mimpi itu memang benar. Lantaran itulah, anak-anak kecil akanmenangis dan meronta-ronta bila bangun tidur.
Apa patut dibuat?

BERTENANG...peluk dan bagi dia rasa selamat kembali dengan bercakap tenang dan soothing kepadanya.
Anda boleh juga membasuh sedikit mula dan kepalanya sambil berselawat. Ini akan menyedarkan dia bahawa itu hanya mimpi dan anda ada dengannya dan dia boleh berasa selamat.

Ibu Rose - Mesejnya Kasih

No comments:

Post a Comment