Sunday, 18 November 2018

ANAK AKTIF?

KREDIT LIYANA RAYA 


ADHD, ADD dan kanak2 yang lasak/aktif.
ADHD tu apa?
Dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD).
ADD: Attention Deficit Disorder. Di sini,tiada perkataan Hyperactive.
Note down perkataan ‘Attention Deficit’. Kanak2 with Attention Deficit ni kita lihat suka mengelamun dlm kelas... kebanyakannya passive dan tak involve sangat dengan apa yang org persekitaran lakukan/katakan. Kebanyakannya juga,dari sudut fokus mudah terganggu dgn apa yang dia lihat dan dengar di sekeliling.
Ianya akan menjadi ‘Disorder’ sekiranya betul2 mengganggu kehidupan harian seseorang kanak2 itu seperti pengurusan diri dan dlm situasi akademiknya.
Tapi saya lebih suka nak fokuskan kpd ADHD dlm post ni.
ADHD ni yg orang kita selalu cakap budak hyperaktif.
Tapi ada juga yang salah ‘label’.
Kanak2 lasak pun ADHD.
Kanak2 yg aktif bergerak pun ADHD.
Kanak2 yang banyak energy pun ADHD.
Ada pulak tu.. pandai2 je labelkan anak yang kinestetik sbg anak ADHD. Hyperaktif la kononnya kan....
Nanti dulu. Bagaimana nak membezakan?
Sbg org luar,bezakanlah secara mata kasar dan ilmu asas saja. Nak confirm diagnosis.... kenalah bawa jumpa paediatrician (doktor pakar kanak-kanak). Utk rawatan... bawalah jumpa Occupational Therapist mcm saya ni dan Speech Therapist. Nak jumpa buat rawatan dulu pun takpe sebelum confirmkan diagnosis.
Apa yang akan saya tuliskan ni bukan suka suki nak bagitau masyarakat yg kalian boleh juga put the diagnosis simply mcm tu je. BUKAN. Saya bagi AWARENESS ya. Maksudnya.. saya nak bagi anda alert dengan perkembangan anak anda. Jika didapati ada beberapa symptoms ADHD yang saya tuliskan,boleh bawa merujuk kpd doktor. Jika tiada,maksudnya anak anda hanyalah high energy/lasak saja.
1. Hyperaktif ni hanyalah satu symptom yang ada pada kanak2 ADHD. Maksudnya,TAK SEMUA BUDAK HYPERAKTIF ADALAH DALAM KATEGORI ADHD. Aktifnya kanak2 ADHD ni mestilah beserta dengan tingkah laku impulsif. Tingkah laku impulsif (impulsive behavior) ada banyak-antaranya non stop talking,suka interrupt conversation tanpa boleh tunggu org lain habis cakap dulu—>kdg2 masa mak ayah tengah cakap dgn org lain pun,dia nak cakap juga apa yang dia rasa nak cakap. Impulsive behavior ni kdg bila kita nampak budak tu walaupun dia kenal huruf dan boleh membaca,tapi quiet-reading time tak ada. Tak ada komunikasi dgn org lain masa tengah membaca. Membaca ikut dia saja—>kdg tu laju lepas tu dah,nak gerak dah. So dlm kelas memang mengganggu la kan..melakukan satu pergerakan ke satu pergerakan yang lain dlm masa yang cepat. Biasa kalau budak yang hanya aktif/lasak ni... dia buat satu2 pergerakan dlm keadaan yang lama. They enjoy it dan ada kalanya mengganggu kawan sebab dia nak ajak kawan join sekali aktiviti bergerak dia tu.
2. Kanak2 yang aktif/lasak ni.. bab ambil giliran takde masalah. Boleh tunggu dan ambil giliran. Dia faham sesuatu situasi sosial tu. Tapi kanak2 ADHD ni lain. Dia susah nak faham social context so menunggu memang payah la... tak sabar org cakap.
3. Ada masanya kanak2 ADHD ni diorang display perfectionism atau must go on certain routine. Yg ni might be associated with autism jugak. Nampak ketara certain sensory processing issues (nak explain ni panjang lebar gak la sebab kena test). Tapi kanak2 aktif/lasak ni kalau org panggil nama still diorang respond. Tak terganggu sangat dengan persekitaran yg bising/sensory overwhelming.
4. Pendek kata... kanak2 yg aktif/lasak biasa ni diorang sebenarnya hanya perlukan environment yg sesuai je.. macam main kat luar rumah.... panjat pokok,main kat playground,main basikal mcm kita dulu2.... diorang takde masalah nak uruskan diri. Bercakap pun takde masalah mcm biasa je....Bab belajar tu masalahnya cuma susah nak dok diam nak fokus je. Zaman skrg disebabkan environment kita terbatas... anak banyak dlm bangunan dan rumah jerrrr.... sebab tulah diorang ni nak melasak dan aktif dlm rumah. Itu yg masuk rumah org pun boleh pecah tv,pecah akuarium semua! Pelamin pun roboh! Adoi... silapnya kita tak bagi environment yg betul utk mereka berlasak dan bernakal nakal. Next time nak bawak anak2 ni ke rumah org,bagi diorang lari dlm rumah sendiri dulu sebanyak 20 pusingan. Ataupun suruh diorang berlari satu stadium baru boleh keluar berjalan. Kasi lepas dia pnya energy sikit.
5. Oh ya... kanak2 ADHD ada masalah percakapan dari segi cakap tu melompat lompat ye.. sekejap tajuk ji sekejap tajuk tu... emosi mudah terganggu sebab ada masalah komunikasi satu hala saja dengan orang lain.

Hope post ni boleh bantu anda ya utk tengok anak anda ada tak jatuh dlm kategori aktif yang membawa kpd ADHD ni.

No comments:

Post a Comment