Sunday, 18 November 2018

ANAK SELSEMA? INI PETUANYA.

Petua: Minyak Bawang Putih Untuk Legakan Batuk Selsema Anak

Kasihannya bila anak2 selsema dan batuk. Seksa nak tidur. Apa petuahilangkan batuk selsema yang berkesan ya?
Hanya ibu bapa yang akan faham betapa susahnya menguruskan anakkecil yang mengalami batuk dan selsema. Walaupun ia bukanlah penyakit yang begitu serius, tapi ramai ibu bapa yang terpaksa berjaga malam dan kehabisan tenaga dalam proses menanganinya.
Jadi sebagai salah satu ikhtiar, bolehlah cuba petua minyak bawang yang Cik Aida akan kongsikan untuk membantu menyembuhkan batuk danselsema anak kecil.


CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH UNTUK LEGAKAN BATUKSELSEMA ANAK
Sekadar perkongsian bagi yang belum tahu. Yang dah tahu dan dah cuba, alhamdullillah..Cik Aida dah gunakan petua minyak bawang bawang putih ini selama 6 tahun. dari anak pertama hingga anak nombor tiga.
Minyak bawang putih ini boleh membantu melegakan selsema dan batuk pada bayi dari usia sebulan sampailah kanak-kanak.Bagi yang belum cuba, jom pakat buat di rumah.

1. BUANG KULIT
Pertama sekali, ambil 5-6 ulas bawang putih. Buang kulitnya.
2. BAKAR
Seterusnya, bakar di atas dapur gas sampai agak hitam.
3. ADUNKAN DENGAN MINYAK
Lenyekkan bawang putih yang dah dibakar tadi dan masukkan ke dalam bekas kosong yang bertutup. Tambahkan sedikit minyak.
Boleh pakai minyak masak,minyak baby,minyak zaitun, minyak kelapa, minyak bijan, atau minyak jenis lain.
4. SIAP UNTUK DISAPUKAN
Kalau anak batuk selsema, sapukan pada batang hidung, belakang badan,dada, dan lehernya selepas mandi. Kesan untuk meresap ambil masa dalam setengah jam juga.Cik Aida akan urut badan anak dari bahagian arah bawah tolak keatas.
Ulang lagi sapuan selepas satu jam atau setengah jam. Insha Allah anakboleh tidur nyenyak. Selsema dan batuk semakin berkurang tanpa menggunakan ubat.







Nota: Buat yang pertama kali menggunakannya, pastikan cuba dalam kuantiti sedikit dulu untuk melihat keserasiannya dengan bayi. Kalau nampak tiada kesan sampingan, barulah teruskan penggunaannya seperti biasa. Sesetengah bayi mungkin sensitif dan tak tahan.

SEMOGA BERMANFAAT

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ramai ibu-ibu yang mencari ikhtiar buat anak. Ramai dah mencubanya dan mengakui keberkesanannya.

Apapun, jika simptom batuk dan selsema berterusan atau bertambah teruk, Cik Aida sarankan bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut ya.

No comments:

Post a Comment