SUSU IBU/BREAST FEEDING DAN KEROSAKAN GIGI
satu posting berkenaan kerisauan seorang ibu yang mengadu anaknya yang baru berusia 1 tahun 11 bulan sudah mengalami kerosakan gigi di bahagian gigi hadapan walaupun sering memberus gigi setiap hari. Ibu juga memberitahu anaknya cuma minum susu badan sahaja dan telah membawa anaknya berjumpa doktor gigi ketika usia anak 1 tahun 6 bulan namun gigi anaknya masih juga rosak dan beliau begitu bimbang dengan keadaan gigi anaknya.
Saya tidak tahu siapa yang bertanya tentang isu tersebut namun saya akan cuba bahaskan serba sedikit berkenaan isu ini dengan harapan perkongsian ini dapat sampai kepada ibu tersebut dan juga sebagai panduan buat ibu bapa lain di luar sana.
*** Amaran: Sila baca dengan sabar jika anda rasa tulisan ini bermanfaat untuk anda kerana ianya adalah tulisan yang panjang.
************************************************
KENAPA GIGI ANAK MUDAH ROSAK?
Gigi kanak-kanak akan mulai tumbuh sekitar usia 6 bulan sehingga lengkap ke semua 20 batang gigi susu sekitar usia 2 tahun setengah. Kandungan gigi susu tidak sama seperti gigi kekal yang ada pada orang dewasa.
Gigi susu berukuran lebih kecil dan kandungan kalsium yang terdapat di dalam gigi juga tidak sepadat seperti yang terdapat di dalam gigi kekal. Lapisan luar (enamel) gigi susu juga lebih nipis berbanding gigi kekal. Ciri-ciri ini menyebabkan gigi susu lebih mudah dan cepat menjadi rosak.
Sebenarnya terdapat 4 faktor utama yang menyumbang kepada terjadinya karies gigi/gigi berlubang/kerosakan gigi. 4 faktor ini digambarkan sebagai satu lingkaran yang saling berhubungan antara satu sama lain. Tanpa salah satu dari faktor tersebut maka risiko terjadinya kerosakan gigi adalah rendah.
1. Gigi
Seperti yang telah saya sebutkan di atas, gigi susu pada kanak-kanak tidak seperti gigi kekal pada orang dewasa. Gigi susu mempunyai kepadatan kalsium yang kurang dan lebih nipis berbanding gigi orang dewasa. Maka apabila ada faktor-faktor lain yang menyumbang, maka kerosakan gigi akan mudah dan cepat terjadi.
Seperti yang telah saya sebutkan di atas, gigi susu pada kanak-kanak tidak seperti gigi kekal pada orang dewasa. Gigi susu mempunyai kepadatan kalsium yang kurang dan lebih nipis berbanding gigi orang dewasa. Maka apabila ada faktor-faktor lain yang menyumbang, maka kerosakan gigi akan mudah dan cepat terjadi.
2. Makanan/minuman
Makanan dan minuman yang mengandungi karbohidrat merupakan punca utama untuk berlakunya kerosakan gigi. Karbohidrat ini diuraikan oleh kuman yang ada dalam mulut kita. Hasil uraian ini akan menghasilkan bahan kimia yang bersifat asid yang menghakis permukaan gigi. Lama kelamaan gigi akan menjadi rosak dan berlubang.
Makanan dan minuman yang mengandungi karbohidrat merupakan punca utama untuk berlakunya kerosakan gigi. Karbohidrat ini diuraikan oleh kuman yang ada dalam mulut kita. Hasil uraian ini akan menghasilkan bahan kimia yang bersifat asid yang menghakis permukaan gigi. Lama kelamaan gigi akan menjadi rosak dan berlubang.
“Tapi anak saya cuma minum susu badan saja Dr. Tak bagi minum benda manis lain pun. Susu formula pun tak pernah bagi. Tapi kenapa gigi anak saya rosak juga?”
Puan-Puan jangan salah ya. Susu ibu juga mengandungi sejenis karbohidrat iaitu laktosa. Laktosa ini juga boleh menjadi punca kepada kerosakan gigi terjadi jika sisa susu tersebut tidak dibersihkan dengan betul dan dibiarkan melekat pada permukaan gigi anak untuk tempoh waktu yang lama.
Selain itu, membiarkan anak menyusu sehingga tertidur juga boleh menyebabkan gigi anak mudah menjadi rosak kerana susu dibiarkan berada dalam mulut anak untuk tempoh waktu yang lama.
3. Mikroorganisme
Mikroorganisme ataupun kuman yang berada dalam mulut kita bertindak menguraikan karbohidrat yang terdapat dalam makanan/minuman. Kuman ini tidak menjadi aktif jika sisa makanan/minuman manis yang melekat pada permukaan gigi dibersihkan dengan segera dan tidak dibiarkan lama.
Mikroorganisme ataupun kuman yang berada dalam mulut kita bertindak menguraikan karbohidrat yang terdapat dalam makanan/minuman. Kuman ini tidak menjadi aktif jika sisa makanan/minuman manis yang melekat pada permukaan gigi dibersihkan dengan segera dan tidak dibiarkan lama.
Yang menjadi masalahnya adalah apabila sisa makanan/minuman atau susu yang diminum tidak dibersihkan atau dibersihkan dengan teknik yang betul sehingga menyebabkan kuman menjadi aktif menguraikan karbohidrat tersebut sehingga menghasilkan “bahan buangan” yang bersifat asid yabg menghakis permukaan gigi seterusnya menyebabkan gigi menjadi rosak/berlubang.
4. Masa
Masa adalah faktor pelengkap yang menjadi punca kepada terjadinya kerosakan gigi. Apabila sisa makanan/minuman/susu dibiarkan untuk tempoh waktu yang lama pada permukaan gigi, maka kerosakan gigi akan lebih mudah dan cepat terjadi.
Masa adalah faktor pelengkap yang menjadi punca kepada terjadinya kerosakan gigi. Apabila sisa makanan/minuman/susu dibiarkan untuk tempoh waktu yang lama pada permukaan gigi, maka kerosakan gigi akan lebih mudah dan cepat terjadi.
************************************************
SUSU IBU PUN BOLEH ROSAKKAN GIGI?
SUSU IBU PUN BOLEH ROSAKKAN GIGI?
Ya boleh. Ini kerana di dalam susu ibu juga turut mengandungi laktosa iaitu sejenis karbohidrat yang boleh menjadi sumber kerosakan gigi apabila ianya diuraikan oleh kuman/minkroorganisme yang berada di dalam mulut anak.
Kerosakan akan semakin cepat terjadi jika anak dibiarkan menyusu sehingga tertidur dan sisa susu yang melekat pada permukaan gigi tidak dibersihkan dengan betul.
************************************************
JADI APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN?
JADI APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN?
1. Tidak menjadi masalah untuk memberi anak minum susu ibu. Malah susu ibu juga turut mengandungi pelbagai nutrien yang sangat baik untuk tumbesaran ibu. Islam juga menggalakkan untuk menyusu badan sehingga anak berusia 2 tahun. Namun perlu pastikan setelah anak selesai menyusu, anda perlu segera membersihkan gigi/mulut anak. Berus gigi dengan teknik yang betul agar sisa susu yang melekat pada permukaan gigi dapat dibersihkan dan tidak berada pada permukaan gigi untuk tempoh waktu yang lama. Pastikan juga supaya anak tidak dibiarkan menghisap susu sehingga tertidur.
2. Jangan berkongsi sudu/garpu dengan anak anda ataupun merasa makanan sebelum menyuap ke pada anak anda. Hal ini kerana bakteria (kuman) yang berada di dalam mulut anda yang terlibat di dalam proses kerosakan gigi khususnya “Streptococcus mutans” dapat berpindah dari mulut anda ke mulut anak sehingga meningkatkan lagi risiko terjadinya kerosakan gigi mereka.
3. Berus gigi anak dengan teknik yang betul. Kadang-kadang ibu bapa memberitahu mereka sering memberus gigi anak setiap hari namun gigi anak mereka masih juga mengalami kerosakan. Hal ini terjadi mungkin kerana teknik memberus gigi yang digunakan adalah tidak tepat dan kurang berkesan sehinggakan masih ada sisa makanan/susu yang tertinggal pada permukaan gigi sehingga menyebabkan kerosakan masih juga berlaku.
4. Gunakan ubat gigi berfluorida ketika memberus gigi anak. Fluorida berfungsi untuk melindungi permukaan gigi daripada mudah terjadinya kerosakan.
5. Bawa anak untuk periksa gigi setiap 6 bulan sejak umur anak berusia 6 bulan. Hal ini penting supaya doktor gigi dapat memantau pertumbuhan gigi serta boleh mengesan tanda-tanda awal kerosakan gigi agar boleh dicegah dan dirawat sebelum ianya merebak dan menjadi lebih parah.
6. Bagi anak yang masih menyusu botol/menyusu badan di atas usia 2 tahun, segera hentikan tabiat tersebut kerana tabiat tersebut boleh menjadi punca terjadinya kerosakan gigi kerana tempoh waktu yang lama diambil untuk susu berada di dalam mulut anak. Sebaiknya didik anak untuk gantikan minum susu di dalam cawan.
7. Boleh juga untuk ibu bapa gunakan GC Tooth Mousse sebagai langkah pencegahan tambahan untuk memperlambatkan terjadinya kerosakan gigi pada anak. Tooth Mousse ini bukan pengganti kepada berus gigi, tapi sebagai tambahan selepas memberus gigi agar gigi anak terlindung daripada mudah menjadi rosak.
8. Jika gigi anak yang telah rosak, bawa anak untuk lakukan rawatan di klinik gigi segera. Jika doktor gigi mengesahkan bahawa gigi tersebut sudah tidak boleh ditampal lagi, maka anda jangan terlalu risau. Terus jaga gigi tersebut dan ajar anak untuk berus gigi tersebut setiap hari agar terhindar daripada menjadi sakit. Gigi susu anak yang telah rosak dan buruk tetap ada gunanya walaupun ianya cuma kelihatan tunggul sahaja kerana menjadi panduan untuk gigi kekal tumbuh kelak. Jadi jangan terburu-buru untuk cabut gigi tersebut walaupun ianya telah rosak. Berus, berus dan berus setiap hari dengan teknik yang betul ya.
Oleh yang demikian, adalah penting untuk ibu bapa terus memantau perkembangan dan keadaan gigi anak. Bawa anak sekerap yang mungkin ke klinik gigi untuk diperiksa dan dapatkan nasihat daripada doktor gigi agar anda tahu apa yang perlu dilakukan dari masa ke masa bagi memastikan kesihatan gigi anak anda sentiasa berada pada tahap yang terbaik.
Semoga bermanfaat!
~ Dr Mohd Khairul Izwan Bin Abdul Wahab ~
Pegawai Pergigian KKM
Pegawai Pergigian KKM
No comments:
Post a Comment